Selamat Datang ke Blog Rasmi Kelab Rakan Surau As-salikin KUO
Assalamualaikum wbt.. Selamat Datang Ke Blog Rakan Surau As-salikin, KUO, UPSI.. Semoga Blog Ini Bermanafaat Kepada Anda Semua..

Wednesday, November 19, 2008

Tegarnya Si Pendakwah

“Tegarnya Si Pendakwah”

Daripada : al_hafiz019@yahoo.com.my
Genre : Dakwah
http://assalikinkuo.blogspot.com


Terdetik sepotong ayat al-quran hadir dihatiku..aku menghayatinya. .

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka....dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (at-taubah:111)

subahanallah. .hatiku terkadang hiba..menangis melihat pergorbanan para-para dai ini..amat mulia peribadi mereka dengan menjalankan dakwah..mereka bertungkus lumus menjual diri dan hartanya hanya kerana Allah dan agamaNya..menjadika n segala-galanya hanya untuk dakwah..mengorbankan segala yang indah disisinya untuk menaikkan agama islam..siapakah yang lebih mulia dari mereka yang menyeru kepada Allah ?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" (al-fushsilat: 33)

tetapi mengapakah manusia itu tidak melihat pengorbanan mereka ini ?...menolak dakwah mereka tanpa kenal perasaan penat dan sedih..menbenci dan melontarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.. .bersabarlah wahai para pejuang Allah sekalian...sudah lumrah berdakwah itu sesuatu yang rumit..bukankah telah dikatakan dalam alquran penyeruan dakwah itu adalah sesuatu yang amat sukar,

"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan Allah : "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu. " Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." (at-taubah:42)

malahan andai ia cukup mudah, masakan Rasulullah sanggup mengatakan:

"seandainya diletakkan matahari disebelah tangan kananku, dan bulan ditangan kiriku..pasti aku tidak akan meninggalkannya melainkan aku menang dengannya, atau aku mati kerananya"

marilah para dai yang cukup mulia bangkit tanpa kenal rasa sedih dan duka..melangkah terus maju dengan memegang alquran dan sunnah..menjadikan tahajud sumber kekuatan diri..menanam erti kegagahan dengan alunan kitab suci yang mengalir dalam darah..berlari dalam layar kehidupan dengan wangian syurga disisi..insyaAllah kemenangan itu adalah benar dan pasti..bersabarlah. ..

namun...dalam menetap kesabaran di hati...seringkali diri kita ini diuji dengan bermacam-macam ujian..apalah daya bagi seorang manusia yang fitrahnya masih kenal perasaan sedih, penat, dan jua derita...untuk itu, ana bawakan sedikit layar kehidupan seorang ikhwah yang bergelumang dengan kerja-kerja dakwah..moga ia menjadi pembakar semangat dakwah kita lagi, insyaAllah..


Hujung minggu lepas saja azhar (bukan nama sebenar) sudah penuh dengan urusan dakwah...
seusai 3rd paper final sabtu lepas, aku balik ke bilik dan ber'chatting' dengan akhi farhan (bukan nama sebenar)..

azhar : salam akh..antum kata nak turun sekolah agama said kamil..jadi tak?

farhan : ermm..budak sekolah tu tak nak la pulak..ada dorg bagi alasan 'time' tu ibu bapa melawat..ish. .

azhar : sabar je akh..biasalah tu, budak2 lagikan..bukan kita leh expect tinggi sangat pun..susah nak pahamkan mereka dengan dakwah ni

farhan : hmm, pendapat antum pulak macam mana, ana nak kene turun ke ?

azhar : ana tak tau la..ikut antum la..sebab antum lebih paham level dorg..kalo antum rasa dorg level agak tinggi, bagi ana, push je dorang ni

farhan : tu la pasal..tapi dorg ni biasa-biasa je lagi..camtu, ana tak turun la jawabnya

azhar : camtu, takpe la..insyaAllah slow-slow dengan mereka ni

farhan : insyaAllah.. jadi, antum pulak turun mrsm balai baru tak?

azhar : hehe..tu la..ana pun sama macam kes antum..dorang tak contact ana pun lagi..sepatutnya tiap-tiap malam khamis dorang contact, tapi kali ni tak pulak..busy exam agaknya..tapi. .insyaAllah ana turun gak..

farhan : owh..kalau camtu ana ikut antum la..kita ziarah said kamil kejap jela k

azhar : ok gak..tapi..ana naik moto tau

farhan : ala..naik basikal pun tak apa...

azhar : huhu, naik basikal ? jauh tu..

farhan : hehe...jadi, nak gerak kul bape ni?

azhar : hmm..11.15 la..ana nak dhuha jap

azhar : ok

subahanallah. .hatiku tertarik dengan pengorbanannya. ..akh farhan adalah salah seorang ikhwah yang se'lecture' denganku..cukup mulia akhlaknya..hebat sungguh pengorbanannya. ..turun ke mrsm balai lepas semata-mata hanya untuk ziarah..dengan basikal pun boleh jadi jugak (tersenyum hatiku tika itu)...moga Allah memberkati kehidupannya sebagai dai..

seusai dhuha, kami bergegas ke kl..singgah mengisi halaqah di said kamil,alhamdulillah dakwah berjalan dengan baik disana..tapi malangnya, minyak abes pula tengah jalan..terpaksa menolak moto..namun segalanya dimudahkan Allah, stesen minyaknya tidaklah jauh mana..kemudian, dari sek said kamil, kami ke mrsm balai lepas...secara tak dirancang, akh farhan mengisi ceramah maghrib..segalanya berjalan dengan lancar, selesai urusan, kami terus bergegas pulang ke universiti.. dalam perjalanan pulang, diatas motor, hatiku timbul perasaan risau...

"hujan agak lebat ni, takut-takut tidak berkesempatan pula kami mengejar majlis makan dengan junior...alhamdulil lah, dengarnya dakwah di bahagian universiti cukup subur...nak jugak aku menemui muka-muka baru yang bakal memikul dakwah ini...moga Allah terus mengukuhkan hati mereka dengan cinta dan imannya"

terus aku memecut motoku laju meredah hujan walau didalam diri cukup letih sekali..tiba di universiti, majlis sudah pun habis..tapi alhamdulillah masih ada makanan yang ditinggalkan. .

"afwan akhi..ana tak sempat nak bantu antum masak," kataku kepada akhi faizal (bukan nama sebenar) sambil melemparkan senyuman.
"owh..tak apa..ana ok jer..tu ada ayam kat dalam mangkuk tu," balas akh faizal.
"alhamdulillah. .eh, ayam jer ke?" kataku bergurau.
"afwan..yang lain dah abes.." kata faizal dengan nada sedih.
"hu..tak apa laa..ana gurau jer..hehe,"
"berapa ramai junior datang tadi ?," tanyaku.
"20 lebih kot,"
"alhamdulillah, moga Allah kukuhkan mereka di jalan ini," bisik hatiku.
"antum datang mabit junior malam ni tak ?..kalau penat sangat, datang futsal dengan junior esok je la"
"insyaAllah ana datang malam ni.."

sungguh mulia peribadi dai..akh faizal terkenal dengan peramahnya.. agak comel juga orangnya..tapi kerja dakwah sentiasa menjadi tujuan utama dalam dirinya..
"moga Allah berikan syurga untuk kami bersama...," bisik hatiku tersentuh dengan muka penatnya itu.

di masjid, tidak sempat aku ingin berborak-borak dengan muka-muka dai-dai baru..sebaliknya, aku terus terbaring kepenatan..melayan tidur yang cukup merehatkan.. .dibuai mimpi hinggalah pagi..

"akh..akh... bangun tahajud" kata salah seorang ikhwah mengejutku tahajud.

mataku perlahan terbuka..sayup- sayup..ku cuba untuk bangun tapi tak terdaya..

"akh...bangun- bangun..tahajud, "

aku tersedar kembali..kali ini bukan suara yang tadi..mungkin da lambat agaknya sampai kene kejut lagi..kali ini aku terus memaksa diriku bangkit...alhamduli llah dengan kudrat yang ada masih mampu..aku melihat jam..

"4 lebih..Alhamdulillah, sempat mandi lagi ni," bisik hatiku.

selepas mandi..aku mendirikan tahajud...SubahanAllah, Maha Suci Allah...dalam tahajjud aku merasakan kekuatan yang luar biasa..aku mampu merasakan kehadiran kekasihku didalam solat..kerapatan didalam sujud yang cukup memberi ketenangan hingga hilang rasa penat aku tadi..

"SubahanAllah. .siapalah yang dapat menjadikan diriku untuk bangkit memikul kerja dakwah ini melainkanMu. .moga Allah menguatkan ikatan tali cinta kita wahai kekasih hati..," bisik hatiku mengalirkan air mata.

selesai tahajud...selesai subuh berjamaah... selesai futsal...aku terus terbaring kepenatan diatas katil..tiba- tiba, aku lihat ada mesej dihandphoneku. .

"salam..akh, antum ada urusan tak ? dalam kul 12 kita ke smka raja ahmad..ok?"

terus terasa lemah diri ini...hatiku berbolak balik,

"esok masih ada paper final..pagi pulak tu..tak baca sangat lagi ni..hmm..dah la penat..camna ni?"

"akhi..antum tak leh camni..smka raja ahmad tu da lama hold..kalau tunggu minggu depan..pelajar da balik cuti..nak layan malas sampai bila dakwah tak gerak..esoknya paper, kan leh baca malam nanti..jangan risau..senang je paper tu kan,"berkata imanku di dalam hati..

sememangnya hatiku sering hadir dengan dua perasaan..satunya aku tahu ia bisikan iman..dan satu lagi aku jua tahu ianya bisikan syaitan dan hawa nafsu..

terngiang di hatiku ayat quran,

"Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " (muhammad:7)

alhamdulillah aku tabahkan hati untuk memikul tugas ini..kali ini, aku bawak sekali note yang telah aku tulis..mana tau, ada masa lapang disana, leh baca..sampai di smka raja ahmad, terus kami membuat halaqah ringkas..malangnya respon tidak begitu baik..dua orang yang hadir dan kelihatan agak tidak stabil, seolah-olah seperti halaqah ini buang masa sahaja bagi mereka..tapi tak mengapa..Allah Maha Mengetahui segalanya...

waktu malam pun tiba..aku agak letih untuk membaca paper untuk esoknya..tetapi aku kuatkan hati untuk menelaah sedikit sebanyak..perlahan aku melihat satu persatu lecture note didalam komputerku.. sesekali aku terhenguk-henguk tertidur..tapi aku masih tabahkan diri untuk membaca..malangnya, badanku terasa terlalu penat sangat...aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 11.55pm...

"kenapalah penat sangat ni..mungkin sebab naik moto ada pembonceng kot..sebelum ni, turun ke kl naik moto jarang bawak orang..huh," keluhku.
"ermm..nak kene tido gak ni..penat sangat ni..tak leh jadi...insyaAllah sok pas subuh masih leh baca lagi," bisik hatiku lagi.

aku pun melabuhkan badanku diatas lantai..harap- harap tidur di atas lantai tidaklah terlalu selesa sampai tidak bangun tahajud..keesokkan paginya, di dalam dewan peperiksaan. ..

tiba-tiba... fikiranku seperti blank..soalan yang kulihat semuanya senang tetapi entah mengapa tidak boleh jawab dengan baik...aku memandang sekeliling, melihat semuanya sedang khusyuk menjawab soalan..

"mesti idea tercurah-curah kuar ni sampai khusyuk sangat...soalan senang lagi pun..," bisik hatiku.

aku terus menjawab apa yang lintas difikiranku. .mungkin kepenatanku yang tidak hilang lagi menyebabkan otakku tidak mahu berfikir sangat...namun, itu tidak mengapa..aku hanya terus menjawab sampai habis waktu...

"camna paper tadi ? ok ?," tanya memberku didepan meja.
"ermm...ok jela," jawabku perlahan.

"entahla..kenapa lah soalan camtu senang, aku tak leh buat..bukannya complex pun..mungkin banyak dosaku padaNya..moga Allah mengampuni segala dosaku..."
"tapi tak apa akhi..kalau ada rezeki insyaAllah antum leh dapat tinggi..tak ada, kurang sikit la kot insyaAllah.. jangan risau la k" bisik hatiku seorangan.

terketuk pintu hatiku dengan sepotong ayat al-quran,

"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-baqarah: 216)

Mungkin Allah lebih mengetahui.. .
hati ku berbisik lagi "god works in miracle ways"

alhamdulillah. .aku bersyukur kepada Allah hidupku penuh dengan tugasan dakwah..setiap hari tidak pernah berhenti semangatku untuk menegakkan agamaNya yang kian luntur..walaupun terkadang hingga menyebabkan perlunya mengorbankan studi, tapi itu tidak pernah menghentikan diriku untuk kenal erti putus asa...setiap manusia pasti akan diuji..usah rasa lemah wahai para dai sekalian..wahai ikhwah yang kucintai..berada dijalan yang payah ini memerlukan ketabahan dan kekuatan...ayuh berjalan dengan megah kerana engkau dimuliakan.. syurga menantimu dihadapan... mari kita lumatkan kemungkaran sampai yang haq itu tertegak di atas tempatnya... mari kita bersama kukuhkan saf-saf dakwah atas dasar iman dan taqwa...usah bersedih dan teruskanlah berdakwah... teruskanlah berdakwah tanpa kenal erti penat...tanpa kenal erti penat...


Tuesday, November 11, 2008

Analogi Kunci Kepada Kehidupan

Analogi Kunci Kepada Kehidupan

http://assalikinkuo.blogspot.com/
ibnulatef






Dalam kehidupan ada pasang-surutnya, ada masa kita dikurniakan nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah atau ujian. Manusia yang hidup didunia ini tidak akan seorang pun akan lepas dari ujian. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Dengan kata lain, ada hikmahnya.

Apa yang ingin disentuh ialah salah satu cara untuk mengawal diri dari terbabas ketika menerima ujian atau musibah. Terutamanya untuk pelajar-pelajar yang mendapati kesukaran dalam pelajaran. Seperti pepatah yang mengatakan 'Langkah yang seribu, tidak akan bermula melainkan dengan langkah pertama.

Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita boleh lihat analogi kunci. Kita diibaratkan seperti seorang yang ingin membuka sebuah pintu. Kita diberi satu gugusan kunci yang banyak. Katakanlah satu gugusan kunci mengandungi 1000 kunci. Pintu yang dikunci boleh diibaratkan dengan masalah yang hadapi. Jadi untuk membuka pintu tersebut mahu tak mahu, kita perlu mencuba satu per satu kunci dalam gugusan tersebut.

Masaalahnya disini sejauh manakah kita mampu untuk membuka tersebut tersebut sedangkan kita mempunyai segugus kunci yang mempunyai 1000 kunci? Hanya dengan keyakinan? doa? tawakkal?. Bahkan kita perlukan usaha untuk membukanya.

Keyakinan bahawa pintu tersebut akan terbuka akhirnya jika kita cuba membuka satu per satu perlu ada. Disamping itu, keyakinan bahawa Allah hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu. Tidak mudah putus asa. Tidak futur dalam perjuangan. 

Kembali kembali kepada analogi tadi. Kita akan merasai susah jika kita cuba membuka pintu tersebut dengan kunci yang pertama. Tetapi perlulah diingat, semakin lama kita mencuba, insyaALLAH, semakin tinggi kebarangkalian untuk pintu itu dibuka. Manakan sama kebarangkalian untuk pintu itu dibuka apabila kunci yang pertama dibuka (1/1000), berbanding dengan kunci yang terakhir dibuka (999/1000). 

Maka, ingatlah, setiap ujian dan kesusahan, jika kita mencuba secara berterusan, insyaALLAH, perkara yang kita hadapi akan menjadi lebih mudah. 


Izinkan Abang Nikah Satu Lagi ..

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi...

www.iLuvislam.com
nur_fitrah
editor : kasihsayang




"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? 

Dia menghela nafas panjang. 

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. 


 

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. 

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. 

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. 

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. 

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. 

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah. 

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis. 

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya. 

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. 

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. 

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang." 

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar. 

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang... 

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. 


--------------------------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah. 

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang... 

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang... 

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang... 

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. 

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg... 

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg. 

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah. 

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery. 


--------------------------------------------------------------------------------

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. 


 


Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!




Mengejar Gembira

Mengejar Gembira

http://assalikinkuo.blogspot.com/
alFaisal
Editor: deynarashid




“Sedih jugakla terpaksa tukar ke matriks. Sebab dah mula rasa gembira kat sini”, ujarnya meluahkan rasa.

“Di sini awak gembira, insyaAllah di sana pun awak akan gembira. Pada saya bukan di sini atau di sana yang jadi tumpuan untuk dikejar. Tetapi kegembiraan itu sendiri”, saya cuba berkongsi pandangan saya mengenai kehidupan. 

Saya bukan seorang kaunselor, saya tidak pasti apakah perkongsian saya itu membantunya. Namun saya berharap agar suatu hari nanti pandangan yang saya kongsi itu akan wujud maknanya. 

Saya sendiri punya pengalaman mengejar kegembiraan selepas datang mendung yang boleh dikongsikan. Masih segar dalam ingatan, pada tahun 2005. Sebaik saya menjejak kaki rumah selepas hampir dua minggu di Makkah dan Madinah atas urusan umrah. Saya terus menghidupkan komputer dan menyemak keputusan untuk trimester tersebut. Tergamam saya melihat saya gagal subjek utama. 

Ketika itu saya melihat, ianya sebuah kegagalan yang akan menyebabkan saya ketinggalan. Terpaksa menunggu setahun lagi untuk mengambil semula subjek tersebut. Menambah hiba apabila hanya mampu melihat betapa gembiranya kebanyakkan rakan-rakan lain menamatkan pelajaran. Sedang saya masih berhempas pulas berusaha untuk sampai ke tempat mereka. 

Terduduk saya merenung nasib. 



 


Namun apakah yang menyebabkan kehidupan saya di universiti selepas insiden itu kembali gembira? Malah saya merasakan ada peningkatan baik dalam pelajaran mahupun aktiviti berpersatuan. 

Ianya kerana, selepas saya berfikir panjang. Saya memilih untuk menjadi lebih optimistik. Saya tentu akan terus muram bersalut duka sekiranya yang saya kejar adalah kegembiraan untuk dapat menamatkan pelajaran awal. Saya tentu akan terus bersedih sekiranya yang saya kejar adalah kegembiraan untuk tidak tersekat setahun lagi di MMU. Maka saya memilih untuk berhenti mengejar kegembiraan yang hanya bayang-bayang. Saya memilih untuk mengejar apa sahaja peluang kegembiraan yang ada di depan mata. Bukannya terus menanti dan mengejar kegembiraan yang sudah terlepas daripada genggaman saya. 

Kadangkala kita sering tersilap dalam mengejar kegembiraan buat diri. Kita tidak dapat melihat perbezaan kegembiraan yang hakiki dan kegembiraan yang sudah menjadi ilusi. Mengejar kegembiraan yang hanya bayang-bayang sekadar akan menambahkan kedukaan. Kita akan terus berharap hingga terabai peluang-peluang kegembiraan lain yang ada di depan mata. 

Ibarat menanti di hadapan sebuah pintu yang akan membawa kita keluar dari sebuah bangunan. Namun pintu tersebut sudah terkunci. Kita terus menanti dengan penuh pengharapan pintu tersebut akan terbuka. Kita mengabaikan pintu-pintu lain di sebelah yang turut terbuka sekali sekala. Terlupa bahawa tujuan kita yang sebenar adalah untuk melepasi pintu tersebut dan keluar dari bangunan. Bukannya menanti pintu yang terkunci itu terbuka. 

Rasa sedih akan hadir apabila terhapus peluang untuk suatu kegembiraan. Itu semua lumrah. Namun yang silap adalah apabila kita terus bersedih hingga lebih banyak peluang kegembiraan tercicir daripada genggaman

Dakwah vs Cinta

Dakwah dan Cinta

www.iLuvislam.com
oleh : Azree Hanifiah
editor : everjihad



Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.



Lawan Vs Kawal

“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”

Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”


Over Rate Diri Sendiri 

“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

cinta anta anti“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’

“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.


Hijab dan Wanita Dakwah 

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.

Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.



“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” 
-Pakdi.net-



Website Hit Counters




Betapa Hinanya Nilai Seorang Hamba

Betapa Hinanya Nilai Seorang Hamba!

www.iLuvislam.com
cahayatermasyhur
editor : kasihsayang



Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!


Apakah itu amal yang sia-sia? 

Itulah amal yang didasari rasa 'ujub, riak dan takabbur. Bilamana landasan keikhlasan sudah mulai robek, diri lantas mendabik dada! Amal ibadah yang sepatutnya dilaksanakan berteraskan ketaatan kepada Ar-Rahman, mula mengintai pengiktirafan manusia lain. Harapan kepada pujian ramai mula berbunga-bunga. Saat ada pula yang lebih berjaya, hasad dengki mula mengambil tempatnya! Saat ada yang tersungkur, dia bersyukur! Betapa, manusia ini hamba yang hina dina. Waras akalnya tidak bersatu dengan kata hati, lalu pantas sahaja mendabik dada tanpa sedikit pun rasa malu. Betapa, dia hampir sahaja terlupa bahawa setiap denyut nadinya itu berada di bawah pengawalan Tuhan Yang Satu. 

Pernahkah kita berfikir, sebaik sahaja usai solat fardhu yang kita lakukan; Adakah solatku ini diterima? Masih wujudkah lagi pandangan kasih Allah kepadaku? - Jika ya, teruskanlah istiqamah dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini. " Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri di dalam solatnya. Para sahabat bertanya, siapakah orang itu? Maka Rasulullah s.a.w menjawab; orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya" -H.R Ahmad. Mengapa penulis mengaitkan soal hina hamba dengan solat? Kerana, solat adalah asas dan merupakan tiang kepada agama seseorang muslim. Malah, amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak juga merupakan solat fardhu seseorang hamba itu. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya. Justeru, marilah kita kembali menilai khabar iman dan amal kita. Adakah solat kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar seperti apa yang terkandung dalam kalamullah itu? Ikhlaskah kita dalam menunaikan solat, atau hanya atas dasar tidak tahan mendengar leteran ibu ayah? Atau hanya atas alasan amalan ikut-ikutan sahaja? Tanpa sekelumit pun rasa untuk berusaha mengkaji hikmah sebenar solat terhadap diri manusia? Barangkali juga ada di antara kita yang bersolat hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk. Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penerima taubat, ampunkanlah dosa kami dan terimalah taubat kami..

Kasih sayang Allah s.w.t meliputi seluruh kerajaan lagit dan bumiNya. Kerana itulah setiap makhluk yang bernyawa mendapat bahagian rezeki mereka masing-masing. Betapa hebatnya rencana Al-Manan dan betapa hinanya nilai seorang hamba! Masakan dengan sedikit tempias nikmat Allah itu dia bisa merasakan diri cukup sempurna? Mengaku diri dengan kemuliaan, mengangkat diri dengan ilmu pengetahuan yang masih cetek pada hakikatnya, memanjangkan mata pada keindahan dunia, dan menghambakan diri kepada nafsu yang menggila, semua ini sifat tercela yang harus dibuang jauh-jauh dengan hanya satu cara. Yakni penyucian nurani hati dengan hiasan sifat tawaddhuk dan semaikanlah rasa jiwa kehambaan kerana sesungguhnya manusia itu tiada daya dalam melawan kekuasaan Allah s.w.t. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia; " Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqy)



Pertolongan yang tidak disangka-sangka

Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat pertolongan dan bantuan Allah itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Ar-Rahman. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!

Bagi jiwa yang sakit, pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar pelajar yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan.

Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan Allah s.w.t kepada mereka. Sesungguhnya karunia Allah sangat luas. Masakan Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan penyakit ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang aku lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang aku lakukan, masakan aku diuji sebegini rupa?" Ingatlah, berjuang memang pahit! Kerana syurga itu manis. Masakan, jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah.


Jiwa Hamba

Semaikanlah jiwa hamba dan hindarkanlah diri dari mendabik dada dengan kemuliaan dan harta benda. Sucikanlah hati dengan memperbanyak amalan zikir dan bacaan Al-Quran kerana Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita; di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ibnu Abbas; " Seseorang yang tidak ada sedikitpun Al-Quran di dalam hatinya adalah seperti rumah yang kosong," (H.R Tarmizi) Nauzubillahi minzaalik. Bagi mereka yang sedang merawat hati, jangan pernah khuatir dengan persoalan berupa " Mengapa semakin aku cuba merawat hati, semakin aku menemui kebuntuan, semakin aku menyedari kekotoran yang berlumut-lumut?" Inilah tanda bahawa hati itu sedang dirawat. Demikian jualah yang berlaku kepada tubuh badan kita saat para doktor menjalankan diagnosis. Jasad yang dirasakan sihat rupa-rupanya menghidap pelbagai penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..

Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..


 


Wallahu'alam