Selamat Datang ke Blog Rasmi Kelab Rakan Surau As-salikin KUO
Assalamualaikum wbt.. Selamat Datang Ke Blog Rakan Surau As-salikin, KUO, UPSI.. Semoga Blog Ini Bermanafaat Kepada Anda Semua..

Tuesday, November 11, 2008

Mengejar Gembira

Mengejar Gembira

http://assalikinkuo.blogspot.com/
alFaisal
Editor: deynarashid




“Sedih jugakla terpaksa tukar ke matriks. Sebab dah mula rasa gembira kat sini”, ujarnya meluahkan rasa.

“Di sini awak gembira, insyaAllah di sana pun awak akan gembira. Pada saya bukan di sini atau di sana yang jadi tumpuan untuk dikejar. Tetapi kegembiraan itu sendiri”, saya cuba berkongsi pandangan saya mengenai kehidupan. 

Saya bukan seorang kaunselor, saya tidak pasti apakah perkongsian saya itu membantunya. Namun saya berharap agar suatu hari nanti pandangan yang saya kongsi itu akan wujud maknanya. 

Saya sendiri punya pengalaman mengejar kegembiraan selepas datang mendung yang boleh dikongsikan. Masih segar dalam ingatan, pada tahun 2005. Sebaik saya menjejak kaki rumah selepas hampir dua minggu di Makkah dan Madinah atas urusan umrah. Saya terus menghidupkan komputer dan menyemak keputusan untuk trimester tersebut. Tergamam saya melihat saya gagal subjek utama. 

Ketika itu saya melihat, ianya sebuah kegagalan yang akan menyebabkan saya ketinggalan. Terpaksa menunggu setahun lagi untuk mengambil semula subjek tersebut. Menambah hiba apabila hanya mampu melihat betapa gembiranya kebanyakkan rakan-rakan lain menamatkan pelajaran. Sedang saya masih berhempas pulas berusaha untuk sampai ke tempat mereka. 

Terduduk saya merenung nasib. 



 


Namun apakah yang menyebabkan kehidupan saya di universiti selepas insiden itu kembali gembira? Malah saya merasakan ada peningkatan baik dalam pelajaran mahupun aktiviti berpersatuan. 

Ianya kerana, selepas saya berfikir panjang. Saya memilih untuk menjadi lebih optimistik. Saya tentu akan terus muram bersalut duka sekiranya yang saya kejar adalah kegembiraan untuk dapat menamatkan pelajaran awal. Saya tentu akan terus bersedih sekiranya yang saya kejar adalah kegembiraan untuk tidak tersekat setahun lagi di MMU. Maka saya memilih untuk berhenti mengejar kegembiraan yang hanya bayang-bayang. Saya memilih untuk mengejar apa sahaja peluang kegembiraan yang ada di depan mata. Bukannya terus menanti dan mengejar kegembiraan yang sudah terlepas daripada genggaman saya. 

Kadangkala kita sering tersilap dalam mengejar kegembiraan buat diri. Kita tidak dapat melihat perbezaan kegembiraan yang hakiki dan kegembiraan yang sudah menjadi ilusi. Mengejar kegembiraan yang hanya bayang-bayang sekadar akan menambahkan kedukaan. Kita akan terus berharap hingga terabai peluang-peluang kegembiraan lain yang ada di depan mata. 

Ibarat menanti di hadapan sebuah pintu yang akan membawa kita keluar dari sebuah bangunan. Namun pintu tersebut sudah terkunci. Kita terus menanti dengan penuh pengharapan pintu tersebut akan terbuka. Kita mengabaikan pintu-pintu lain di sebelah yang turut terbuka sekali sekala. Terlupa bahawa tujuan kita yang sebenar adalah untuk melepasi pintu tersebut dan keluar dari bangunan. Bukannya menanti pintu yang terkunci itu terbuka. 

Rasa sedih akan hadir apabila terhapus peluang untuk suatu kegembiraan. Itu semua lumrah. Namun yang silap adalah apabila kita terus bersedih hingga lebih banyak peluang kegembiraan tercicir daripada genggaman

1 comments:

humaira' said...

hidup kita di dunia ada masanya kita berduka..ada masanya kita gembira..yang gembira tu sgt indah utk dikenang..tapi, yang duka itu juga jgn dilupa krn ia mengajar kita lebih matang..lebih berani..lebih kuat mengharung kehidupan..cuma apa y penting..jgn hingga kesedihan itu membunuh diri kita sendiri..bangkitlah dari kesedihan dan kejatuhan lama..utk menggenggam kegembiraan yang ada dihadapan..

cerita yang baik utk dikongsikan..tahniah kpd penulis..